mencari pencuci muka yang sesuai?
Jenis Cleanser Mary Kay
Pencuci muka terbaik bagi anda adalah pencuci muka yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit anda. Ia dapat membuatkan kulit anda berasa selesa selepas dicuci. Tiada rasa terik, tegang, berminyak ataupun rasa kering melampau.
Pencuci muka terbaik adalah berbeza-beza kerana kulit kita berbeza, jenis dan masalah kulit kita berbeza, masalah yang kita mahu atasi pun berbeza! Mana mungkin ada satu pencuci yang menepati keperluan dan kehendak kita semua.
Pencuci muka terbaik adalah yang dapat membantu seimbangkan pH kulit anda, ia tidak mengeringkan lagi kulit anda, ia tidak memburukkan lagi situasi kulit yang berminyak, ia menjadikan kulit anda berasa selesa sebaik lepas dicuci. Ia juga tidak mengempiskan kocek kita.
Terdapat beberapa pencuci muka Mary Kay yang terbaik untuk selesaikan masalah kulit muka anda.
Comments
Post a Comment